Friday, November 29, 2013

POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (PCOS) ??

Assalamualaikum....


Rentetan dari keluhan bonda yang x dtg period di page sebelum ni..
untuk kepastian bonda g Hospital wat checkup... ye lah, nak juga tahu knp bonda x period kan.. kot2 mengandong ke.. kot2 tersumbat ke hape...

di pendekkan cerita... doktor pun buat ultrasound transvaginal scan... lebih kurang mcm gambar dibawah ni... alat ni lebih bagus sikit nak banding ngn scan biase tu.. sbb yang ni direct terus nampak apa jadi kat dalam...


(agak segan.. tapi terpaksa..)

ok setelah di scan... resultnye sepeti gambar dibawah.. (aceceh... hari ni bonda main gambar2 je... mudah nak fahamkan..)


so doktor menerangkan bahawa bonda punya masalah still sama macam dulu.. iaitu polycystic ovary (PCOS).. hem... pilu jgk hati bonda... bagi siapa2 yang tahu pasal PCOS ni diorg tahu lah bahawa penghidap PCOS ni sukar utuk hamil di sebabkan telur yang tak mahu matang dan tak menetas.. makanya telur akan terus terkumpul bersama2 telur yang tak matang sebelum ni maka jadilah cyst..... pada yang kurang pengetahuan mengenai PCOS meh bonda terangkan... 

Pengertian ringkas:

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut. 

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.


Tanda-tanda PCOS:

1- gangguan haid
2- kegemukan
3-haid sikit dan berpanjagan
4-tumbuh rambut

ha.... yang tang tubuh rambut tu bonda suke nak terangkan tu.. semua orang tumbuh rambut kan.. tapi yang ni lain... pernah tgk perempuan ade bulu kaki mcm lelaki? misai? janggut?muka?bulu dada.. ha.... ini lah di yang dikatakan tu.. maknanya terlebih homon lelaki itulah yang menyebabkan PCOS... 

(Bukan gambar penulis ok... hehe)

tp bonda xdelah tumbuh misai, janggut, bulu kaki yg mengerinting mcm lelaki tu... bonda cuma mengalami gangguan haid dan bdn jd gemok... em, di ulang lagi sekali... gemok! huh!sungguh x indah bunyinya.. tp mmg itulah hakikatnya.. bdn bonda jadi maju dan terus maju... tu lah org kate bdn gemok lepas kawen... bkn sebb suami bagi makan ibu roti hari2... tp hormon yang x stabil ni mnyebabkn kegemukan... 

Punca-Punca PCOS:

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormonOleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. 

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO. 

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu (haha yang ni bonda selalu)  mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.

ok, sekarang ape bonda nak buat? 
sambung cerita bonda kat hospital td. 
berikutan bonda x turun haid lagi doktor bekalkan bonda ubat NORETHISTERON 5MG TAB (NORCOLUT).. 
jom kita tgk pulak ape function ubat ni k,

Pengenalan: 
Ubat ini adalah sejenis hormon progesterone (hormon wanita) yang yang dicerakin atau synthetic bukan asli. Nama sebenar ialah Norethisterone dan setiap tablet mengadungi 5 mg norethisterine.
Ubat ini bertindak dalam rahim dan pada sistem kawalan hormon wanita.



ubat ni untuk:
1- menangguhkan dtg haid. (bg yang nak menunaikan haji)
2-Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis. (utk pembedahan nak buang cyst atau betulkan rahim)
3- Merawat 'hormon imbalance' Prenstrual   tension (PMS) dan menopos.
4-Rawatan kesuburan

Dalam beberapa situasi norculut digunakan, saperti bagi pesakit PCOS yang tidak datang haid, norculut diberikan selama 7 - 10 hari, haid akan datang 3-4 lepas habis norculut. Bila haid bermula, ubat subur clomid bolih mula di makan pada hari ke 2-3 haid. Jika ia hamil sedang makan norculut, ubat ini ada kesan menguatkan kehamilan dan tiada kesan sampingan kepada janin.

Ada kalanya haid tidak keluar sebab karung telor (follicle) tidak pecah sewaktu penetasan berlaku dan ia menimbulakan tumbuhan follicular cyst yang biasanya memengadungi air,  rawatan dengan norculut 2 biji sehari selama 20 hari boloh memecahkan cyst tersebut tanpa kesan sampingan.

Bagi mereka yang tidak subur sebab 'corpus lueal defects' disebabkan kurang hormon progesterone, duphaston atau norculut bolih diberikan mulai hari ke 20 selama 7 - 10 hari. 


emmm... ok... rasenye sampai sini dulu k... appoinment bonda seterusnya day 2 of menses... nanti ade ape2 berita bonda cerita lagi... sekian..

Assalamualaikum... 

















    












.. )