Friday, November 29, 2013

POLYCYSTIC OVARY SYNDROME (PCOS) ??

Assalamualaikum....


Rentetan dari keluhan bonda yang x dtg period di page sebelum ni..
untuk kepastian bonda g Hospital wat checkup... ye lah, nak juga tahu knp bonda x period kan.. kot2 mengandong ke.. kot2 tersumbat ke hape...

di pendekkan cerita... doktor pun buat ultrasound transvaginal scan... lebih kurang mcm gambar dibawah ni... alat ni lebih bagus sikit nak banding ngn scan biase tu.. sbb yang ni direct terus nampak apa jadi kat dalam...


(agak segan.. tapi terpaksa..)

ok setelah di scan... resultnye sepeti gambar dibawah.. (aceceh... hari ni bonda main gambar2 je... mudah nak fahamkan..)


so doktor menerangkan bahawa bonda punya masalah still sama macam dulu.. iaitu polycystic ovary (PCOS).. hem... pilu jgk hati bonda... bagi siapa2 yang tahu pasal PCOS ni diorg tahu lah bahawa penghidap PCOS ni sukar utuk hamil di sebabkan telur yang tak mahu matang dan tak menetas.. makanya telur akan terus terkumpul bersama2 telur yang tak matang sebelum ni maka jadilah cyst..... pada yang kurang pengetahuan mengenai PCOS meh bonda terangkan... 

Pengertian ringkas:

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut. 

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.


Tanda-tanda PCOS:

1- gangguan haid
2- kegemukan
3-haid sikit dan berpanjagan
4-tumbuh rambut

ha.... yang tang tubuh rambut tu bonda suke nak terangkan tu.. semua orang tumbuh rambut kan.. tapi yang ni lain... pernah tgk perempuan ade bulu kaki mcm lelaki? misai? janggut?muka?bulu dada.. ha.... ini lah di yang dikatakan tu.. maknanya terlebih homon lelaki itulah yang menyebabkan PCOS... 

(Bukan gambar penulis ok... hehe)

tp bonda xdelah tumbuh misai, janggut, bulu kaki yg mengerinting mcm lelaki tu... bonda cuma mengalami gangguan haid dan bdn jd gemok... em, di ulang lagi sekali... gemok! huh!sungguh x indah bunyinya.. tp mmg itulah hakikatnya.. bdn bonda jadi maju dan terus maju... tu lah org kate bdn gemok lepas kawen... bkn sebb suami bagi makan ibu roti hari2... tp hormon yang x stabil ni mnyebabkn kegemukan... 

Punca-Punca PCOS:

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormonOleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. 

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO. 

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu (haha yang ni bonda selalu)  mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.

ok, sekarang ape bonda nak buat? 
sambung cerita bonda kat hospital td. 
berikutan bonda x turun haid lagi doktor bekalkan bonda ubat NORETHISTERON 5MG TAB (NORCOLUT).. 
jom kita tgk pulak ape function ubat ni k,

Pengenalan: 
Ubat ini adalah sejenis hormon progesterone (hormon wanita) yang yang dicerakin atau synthetic bukan asli. Nama sebenar ialah Norethisterone dan setiap tablet mengadungi 5 mg norethisterine.
Ubat ini bertindak dalam rahim dan pada sistem kawalan hormon wanita.



ubat ni untuk:
1- menangguhkan dtg haid. (bg yang nak menunaikan haji)
2-Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis. (utk pembedahan nak buang cyst atau betulkan rahim)
3- Merawat 'hormon imbalance' Prenstrual   tension (PMS) dan menopos.
4-Rawatan kesuburan

Dalam beberapa situasi norculut digunakan, saperti bagi pesakit PCOS yang tidak datang haid, norculut diberikan selama 7 - 10 hari, haid akan datang 3-4 lepas habis norculut. Bila haid bermula, ubat subur clomid bolih mula di makan pada hari ke 2-3 haid. Jika ia hamil sedang makan norculut, ubat ini ada kesan menguatkan kehamilan dan tiada kesan sampingan kepada janin.

Ada kalanya haid tidak keluar sebab karung telor (follicle) tidak pecah sewaktu penetasan berlaku dan ia menimbulakan tumbuhan follicular cyst yang biasanya memengadungi air,  rawatan dengan norculut 2 biji sehari selama 20 hari boloh memecahkan cyst tersebut tanpa kesan sampingan.

Bagi mereka yang tidak subur sebab 'corpus lueal defects' disebabkan kurang hormon progesterone, duphaston atau norculut bolih diberikan mulai hari ke 20 selama 7 - 10 hari. 


emmm... ok... rasenye sampai sini dulu k... appoinment bonda seterusnya day 2 of menses... nanti ade ape2 berita bonda cerita lagi... sekian..

Assalamualaikum... 

















    












.. )

Sunday, October 27, 2013

LARA DI HATI..

Dengan lafaz Bissmillah...



update.....
* 12.8.2013 ~> fibroid n cyst operation
*17.9.2013 ~> first period after operation
* _.10.2013~> ????

hemmm..... bukan mengeluh... bukan mengesali diri sendiri... bonda cuma tertanya-tanya... bulan ni bonda x period pulak... tp bila buat PT (-ve) pulak.... am i pregnent or i'm not?? risau risau risau!!!
ok sepatutnye bln ni kalau bonda x ngndong, period hari kedua bonda kene jmpe doktor utk treatmnt seterusnya.. tp masalahnya period tidak, mengandong pun tidak... hemm.. ape bonda nak buat ni...

Ya Allah...dah lah semakin hari terasa semakin sunyi... sakit rasa berperang dengan perasaan sendiri... mana tidaknya... bila tgk facebook smua kwn2 update ttg anak2, update g checkup, pos keletah anak2, dan tak kurang yg update untuk anak kdua dan seterusnya... seronok betol tgk gmbr2 baby2 kwn2...ada yg bwk anak g jalan2.. g balik kg jumpa atok..yg sambut besday anak..bestnye!! ... tersenmyum bila tgk status kwn2 bersama anak2 masing2.... tp.......... untuk bonda bila lagi....
tipu kalau bonda kata bonda x cemburu.. semestinya bonda cemburu tgk kwn2 bonda mengandong dan dah ade anak..tp nak buat cam ne.. redha je ye.

Ape lah perancangan Allah untuk bonda..mesti Allah tgh susunkan satu rencana yang terbaik dan anak yang terhebat utk bonda kan?? amin..

(bonda harap satu hari nnt bonda ddk dlm group moms to be mcm ni...)

k lah, akhir kalam.. kpd yang dah ada zuriat... jagalah anugerah terindah itu sebaik2nya... jangan mengkhianati amanah yang telah diberi oleh Allah... 
kpd yang masih menanti mcm bonda sama2 lah kita teruskan usaha.. percaya pada rezki Allah... insyaAllah...utuk kita semestinya yang terhebat.. 










Thursday, September 26, 2013

wink wink!!

Assalamualaikum....

Berniat nak update smlm tp xde kesempatan pulakkss... hehe...
24.9.2013 bonda ade apoinment ngn Dr.Tokha..utk checkup je.. dah sebulan stgh bonda opration...

hurrmm... balik skolah pukol 2... balik umah mandi2 dulu pastu baru g sepital... sampai sepital dlm 3.30pm, mcm biase amek No.. dpt No 32.. ade 11 org lagi menunggu... huh! ini xleh tnggu sepital je ni.. mau berjanggut bonda laki bini.. mata layu... rase nak tido.. suami bwk g tepi tasik rehat2... kol 5 baru g sepital smula... em... lagi 6 org.. so xpe lah.. tnggu je kat dpn bilik Dr... mujur bilik Dr cantik.. dpt lah berehat dgn senang hatinya... dengan penuh kesabaran bonda dan suami menunggu dan terus menunggu.... cerita demi cerita bonda tgk kt situ, dari drama beralih ke crita kartun smua bonda layan.. nak keluar smula dah malas... hihi... penantian satu penyiksaan... boring tgk tv dok menyelak majalah lak.. huh...

menunggu dengan kesabaran ni... walaupun rase nak tergeliat pinggang...

finally..... "Azianiza.. masuk..." ha.... nama bonda lah tu, yeeeaayyy.... suami g solat maghrib, bonda masuk dulu lah, mana lah tidaknya pukol 7.30 baru dpt jumpa...

Dr mula melaksanakn tugasnya.. check2 ape yg patut... Alhamdulillah... smua ok... habis tu ape yg kosong tu ea? haha pelik je tajuk bonda... xde ape... ni lah bonda nak cerita.... Dr. main scan2 je hari ni....bonda pelik.. bila Dr. scan atas puyut bonda tgk kosong tau dlm rahim bonda! serius bonda mmg terkesima..(bukan takasima k) lama gak Dr scan... mmg kosong... hihi... ye lah, sebelum ni bonda scan mesti je ade bebola2 yg menyebuk kat tgh2 rahim bonda (fibroid... bkn bebola ikan mahupun bebola daging..bkn jgk dragon ball..)... bonda x pernah tgk rahim bonda kosong besih gitu...Alhamdulillah... maknenye rahim bonda dah betol2 bersih..

Dr : "if u luck, u boleh mengandung dgn sendirinya..." insyaAllah.... sapa saja yg sedang membaca... doakan bonda k... kalau ade rezki bonda.. harap2 tahun dpn ade lah anugerah terindah utk bonda... tp ape pun.. bonda serah pada Allah...

sudah dulu k...
bonda tinggalkan kata-kata yg dipetik ntah dari mn...
smoga ianya membangkitkan semangat kita semua...
sekian... wasssalam...

********

jika tiada rezki anak, 
mungkin diberikan rezki mertua yang baik, 
maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar

jika tiada rezki wang ringgit,
mungkin diberikan rezki kesihatan,
maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

jika tiada rezki kereta mewah,
mungkin diberikan rezki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah,
maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

jika tiada rezki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezki makanan yang tidak pernah putus,
maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

jika tiada rezki pasangan yang cantik,
mugkin diberikan rezki pasangan yang pandai menguruskan rumah tangga,
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

jika tiada rezki jodoh,
mugkindiberikan rezki umur ibu bapa yang panjang,
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada org tua.

jika tiada rezki hari ini,
mugkin ada rezki yang lebih baik pada esok hari,
maka kita lebih bahagia kerana rezki yang tidak dijangka.

bersabar... bersyukur... berusaha.. berdoa.. dan bertawakal...
hanya dia...
ALLAH YANG MAHA ADIL...




















Tuesday, September 17, 2013

AFTER 1 MONTH AND 5 DAYS.....

Bissmillahirahmannirrahim.......

Assalamualaikum....

Sekian lama x berblog... ntah kenapa tetiba satu ketika tu rase malas nak buat ape2.. xde mood nak buat semua benda.. malas nak berkraft.. mls nak berjalan2... mls nk fikir.. of coz mls nak berblog... mungkin bonda mengalami minggu malas bonda... setiap tahun mesti ade seminggu dua bonda punya minggu malas ni.. hehe... tp ok dah ni... dah rajin lah gamaknye... al-maklumlah... org dah naik kerja setelah sekian lama cuti... mood baru... baju baru... semangat baru... emm. kereta je belum baru... tp xpe lah, kita bukak entry baru... wink wink....

hari ni bonda cuma nak update perkembangan bonda after 1 month and 5 days bonda oprate... hari ni 17.9.2013 bonda period buat pertama kali selepas oprate... Alhamdulillah.... maknanya sistem peranakan bonda masih berfungsi dengan baik... walaupun bonda tahu bila bonda period maknanya bonda x mengandong... tp ape nak buat.. mungkin belum masanya.... Allah ade perancangan tersendiri...xpe ya Allah... bonda redha ni...

Period kali ni bonda rase senggugut sikit... buat pengetahuan smua.. bonda memang dari anak dara alami senggugut teruk... tp lepas kawen kurang dah senggugut bonda... tp masih x hilang...cuma x seteruk dulu lah sampai kene ponteng skolah sebab senggugut.. hari ni pun senggugut bonda x teruk... cuma bila rahim ni membuncit bonda rase xselesa.... ye lah,walaupun x teruk tp senggugut ni merimaskan tau... sampai pinggang pun sakit.. hurrmm...


sape ade petua atau pemuda leh lah share ngn bonda k.... wokey... x berniat nak memanjangkan celoteh hari ni berikutan puyut mula mencubit2.. bonda nak rehat dulu sambil berangan baby cumil2... bonda sudahi dengan wassalam...

arrrgghhh!!! sakit!!!! :P hihi...


Monday, September 2, 2013

CARA BONDA MENJAGA LUKA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum.......

Rindu nak berblog walaupun baru beberapa hari tak berbelog... hehe... emm.. base on tajuk.. hari ni bonda rase nak share sikit cara bonda berpantang ataupun jaga luka pembedahan untuk kasi cepat baik semestinya... ha.. isnin lepas bonda dah buka plaster dan jahitan tau.. tahu Dr cakap ape? Dr kate.. luka bonda cantik... pencantuman die sgt elok... Alhamdulillah...baru 2 minggu opration kan.. cpt sembuh luka tu..

(benang jahitan luka setelah di tarik.. Dr bagi simpan utk buat kenangan kot.. hihi)

Jadi.. degan rase berbesar hatinya bonda nak share lah kot2 cara bonda boleh digunapakai untuk org lain...
Pemakanan merupakan elimen paling penting tau utk pembaik pulih luka.. Selepas pembedahan berpantang sangat perlu tau... mmg Dr xde bagi tahu pun kene pantang2 ni... tp atas ikhtiar sendiri lah kalau nak cpt baik... ok sejak dari lepas opration bonda tak makan makanan2 yang menggatalkan seperti ikan kembong, udang,sayur batang keladi dan sebagainya.. makanan yang boleh menyebabkan bisa2 pun bonda elakkn.. spt ikan2 yang mempunyai bisa.. ikan keli, ikan duri, ikan ape lg ea? (bonda bukan kenal ikan sgt.. yg bonda tahu dua tu je kot.. hehe) makanan yang boleh menyebabkan bernanah pun minta dijauhkan... telur, pisang, kulit ayam dan sbgainya..

habis tu? ape bonda makan? minggu pertama, bonda cuma makan bubur.. xkira lah bubur nasi, bubur bilis atau bubur ayam( isinya sahaja)..bonda makan bubur sebab minggu pertama bonda tak lalu makan.. masuk minggu ke dua bonda dah lalu nak mkn nasi.. jadi bonda makan nasi dgn ikan haruan masak asam /masak steam/goreng je, , kdg-kdg mkn nasi dengan ikan bilis goreng ngn bawang je.. haruan sgt bagus untuk mempercepatkan pembaik pulih kulit.. jd makan hari2 pun xpe kalau x muak.... hehe.. tp perlu tahu, Dr cakap... jgn makan pati ikan haruan tau! amaran ni.. sbb boleh mnyebabkan lambat kering luka.. ade bahan2 campuran die yg x bagus utk luka... bonda baru tahu ni.. dulu bonda makan je mase opration kali pertama sbb x tahu.. bila dah tahu kenelah elakkn ye..

Seterusnya... pastikan luka mesti sentiasa dalam keadaan kering tau... bila dah buka plaster luka tu dah terdedah.. jd bila lpas mandi msti lap kering2 di bahagian luka tu, kalau berpeluh pun lap.. mesti kering tau.. ingat tu.. mesti kering... kalau lembab je lukanya takut kene kuman pulak..sediakan tuala khas untuk lap.. jgn campur.. kuman nanti.. tp bonda lebih suka pakai tisu..bonda tekap2 je cpt kering..yg pakai tuala tu nak lap hati2.. eee.. ngilu bonda..hihi, lpas dua minggu Dr ade bekalkan bonda dgn Dermatix Ultra (scar formula) lpas bonda mandi bonda lap luka kering2.. pastu akan sapu cream ni.. cuma untuk kurangkan kesan parut je..



ok selain dari jaga makan dan memastikan luka sentiasa dalam keadaan kering bonda juga ada mengaamalkn supliment yang juga disarankn oleh Dr Tokha..


ha... ini lah die... Sheep Placenta..agak mahal tp tahan 3 bulan..cos dlm Rm 350.. supliment ni Dr kate untuk mencantikan luka luar dan dalam.. tidak tertumpu pada luka.. supliment ni jgk akan mencantikkn kulit satu badan... tp betol.. sejak bonda amalkn mkn sheep placenta ni bonda dpt tgk ade perubahan pada kulit bonda, sel-sel mati yg hitam2 tu boleh pudar dgan cepat..ruam2 merah pun dah xde lg.. ape sahaja bnda2 asing yg ade pada badan boleh hilang dgn mudah... yg seronoknya.. emmm nak share tp malu.. hakhakhak.(janji dulu, jgn cite kat org lelaki tau..).yg seronoknya.. kelengkang yg xberapa nak cerah pun boleh cerah... senang cite amalkan supliment ni nnt leh comel mcm biri-biri kat atas tu.. hihi..

ok kesimpulan untuk perkongsian hari ni... berpantanglah betol2.. mn2 kte2 bonda yg baik jadikan ikutan..mana2 yg x baik jdkn sempadan..yg penting jg mkn tau.. sebulan dua xmkn McD,KFC x mati... buruk luka kat perut mmg org x nampak... tp suami kan nampak.. nak cantik2 kan untuk suami... makin cantik makin suami syg..kan gitu... so... bonda nak cantik.. anda?

Assalamualaikum...



Thursday, August 29, 2013

BERAYA VS MELAWAT

ASSALAMUALAIKUM......

Diam tak diam, sedar tak sedar hari ni dah 22 syawal kan? rase cepat mase berlalu... kalau tahun2 sudah beraya sakan bonda ngn suami, g beraya sana lah,sini lah, open house merata pg.. pastu buat open house kat umh sendiri lg... seronok.. meriah raya bonda sejak lepas kahwin.. ye lah.. keluarga bertambah... kawan pun bertambah-tambah... tp.... tahun ni.... bonda xberapa nak beraya... (hehe mula lah konon-konon nak sedih.. xlah sedih pun. bonda ok lah.. hikhik) tahun ni umh saudara mara pun x sempat bonda habiskan.. mn yang paling hampir je bonda g.. tp ipar duai pun hampir kan? pun bonda x sempat g lagi...

Tp.. seronok gak sebenarnya tahun ni... sebab ramai kawan2 sekolah rendah.. sekolah menengah.. kwn satu Universiti.. saudara mara dah semestinya... yang jauh.. yg dekat semua dtg beraya rumah bonda.. beraya?? eh, melawat kot?? beraya lah.. lawatan sambil beraya lah gamaknya... ni lah bonda confuse ni..itu lah... sape suruh oprate musim raya kan?? tp memudahkn org what... hihi... tahun ni betol2 tak rase mcm raya... sbb smua org dtg bawa buah tangan.. tu yg rase mcm org dtg melawat tu.. biase org raya mn ade bwk buah tgn kan... hihi.. hamek situ, buah berdedai2 kat umh.. tp sebenarnya kalau x oprate mmg tiap tahun kawan bonda dtg beraya... apetah lg bila diorg tahu bonda x sihat dan baru menjalani pembedahan...

bonda bersyukur... bonda dapat kawan2 yg semua mengambil berat.. terima kasih sgt2 sbb jadi kawan bonda... sayangnye bonda kat kawan2 bonda... waktu bonda suka mereka ade.. mase ssh pun meraka ade... tu lah true friend namanye...






Lepas dua minggu bonda dah ok sikit dah, dah leh berjalan, masih sakit sikit2, plaster dan jahitan masih tak bukak lg.. tp oleh kerana bonda geram tgk org g beraya bonda pun ikut lah diorg beraya...padahal td org dtg melawat (+ beraya sekali..) kat umh bonda, tetiba bonda mintak nak ikut g beraya plak. haha.. bonda jln pun dah laju kot... hehe.. emm... bestnye g raye... tp ape pun bonda tak leh mkn... yg itu ade telur, yg ini nnt bisa2, yg ni plak sejuk, yg tu plak mengenyam..yg ini berangin. em... last2 bonda minum air je lah... xpe lah yg penting dpt jumpa kwn2.. bergelak sakan g beraya.. sampai lupa puyut ngh sakit... bila balik umah baru lah miangnye sampai... ye lah, kwn2 dah balik... sakit smua mula lah baru terasa... yg jd mangsa sape?dah tentu Mohd Zaki Bin Ramli (suami bonda)... hehe... kesian kat die.. tapi die ok...

ok kepada pembaca yg mungkin sedang berpantang.. xkira lah yg baru lepas bersalin, yg berpantang sbb opration, make sure jaga makan tau... sabar... kene bertahan... sekurang-kurangnye 3 bulan...(lamanye!! bonda pun x yakin bonda leh tahan hihihi) tp betol tau.. Dr yg ckp ngn bonda.. lpas 3 bulan baru lah kita leh mkn mcm2 smula, boleh berjogging semula, boleh lasak2 semula, sbb lpas 3 bulan tu bdn kita dah mcm mase kita sebelum opration.. jadi... jom bersabar.. bonda nak sabar... anda bagaimana??? tata~~~~ assalamualaikum....





OPERATION DAY..

Assalamualaikum...

ha...kemas umah dah siap.. masak pun dah siap... lipat baju pun dah..ok skrg leh sambung ddk dpn lappy berceloteh sorg2.. bonda sekarang ni masih lg bercuti selepas opration yg bonda kene buat mcm bonda cerita kat page sbelum ni tu.. ha... ok hr ni bonda nak cerita ttg operation bonda tu k...

Ok hr ni 29/8/2013 kan? tanggal 12/8/2013 bonda di masukkn ke ward untuk menjalani opration fibroid... mase tu hari raya ke 5... kenapa bonda pilih hr raye...?? ntah lah bonda pun x tahu.. sebab utama wktu tu cuti sekolah kot.. ye lah kan bonda ckp bonda x suke cuti...(tp kene cuti gak lpas oprate.. hihi.. berangan je xnak cuti)  bonda rase tu je lah mase yg bonda ade kot... cukup lah tu raye 4 hari..tahun ni raye pertama dan ke-2 kat umh mertua.. raye ke-3 dan ke-4 umh mak sendiri... adil kan? raya ke-5? 6 dan 7? hihihi... di ward lah... tp raya tanpa biskut raya.. ubat ganti biskut lah.. xpe.. bonda ok...

maka... berlakulah pembedahan di Aidilfitri itu... setelah selesai pembedahan xlama tu bonda tersedar.. bonda rase eh, ak ni dah oprate ke? mcm x pucat pun. sbb mase first opration mcm mayat hidup dah.. test lah sikit, gerak2 bdn sikit, adduuhh.. ouch!! sakit... owh... dah oprate..hihi.. mengade je lebih... tp serius bonda ckp... sape nak oprate buang fibroid ke ape2 lah yg berkaitan dgn sakit puan kan, g lah oprate ngn Dr.Tokha Muhammad.. beliau mmg terbaik.. sakit sikit2 tu normal lah.. x sakit terus tu menipu namaya.. tp mmg rase berbeza.. bonda dah menjalani dua kali opration di hospital yg berbeza.. jd bonda dpt rase... bkn bonda nak kate yg pertama tu x bagus... yg pertama kali pun bonda dah rase bagusnye dokter ni... tp rupenye ade lg bagus.. ha cam tu la..

bila bonda dah ok sikit Dr,Tokha pun dtg... dtg bwk fibroid yg telah di keluarkn tu.. ade 2 botol.. eh. kate 4biji, tp 2 botol.. ha.... kalau nak tahu.. mase scan ye lah nampak mcm 4 biji.. bila dah potong perutnye baru lah nampak yg sembunyi2 kan.. Dr kate ade 20 lebih biji fibroid bonda..termasuklah yg kecil dan yg besar.. pastu kat tube kiri ade cyst.. pastu Dr cerita lah die buat ape lg kat rahim bonda.. Dr kate die dah drill bg telur keluar bnyk.. (Drill?? dah mcm dinding dah rahim bonda kene drill ) k cube tgk pic ni cam ni lah ghupenye...

(haha... selebetnye muke bonda.. tgk fibroid tu, kwn bonda ckp dah mcm jeruk.. bnyk lah die punye jeruk..)

Tiga hari bonda berehat di hospital.. dan selepas dari tiga hari tu bonda balik kg bonda kat felda layang-layang... mak,ayah,dan suami bonda jg bonda...

Emm... ok nasihat bonda pada pembaca.. kesihatan perlu di jg k.. kalau ade rase mcm x kene je ngn rahim atau ape2 lah selain drpdnya cepat2 jumpe dokter..  (baru sekarang bonda nak jg ksihatan.. dulu2 x pun.. jgn jd mcm bonda)  pada yg belum dikurniakan cahaya mata mcm bonda, jgn putus asa.. usaha dan terus berusaha k.g jmpe lah Dokter ke dukun ke, bidan ke,..pastu berdoa dan bertawakkal... insyaAllah.. ade rezki utk kita.. Bonda percaya, anda bagaimana??.. papai~~








Wednesday, August 28, 2013

HA?! ADVICE FOR SURGERY UTERINE FIBROID????? AGAIN??

Assalamualaikum....

MEI 2013: Melangkah dengan penuh harapan.. bonda dan suami ke Regency Hospital di bandar Seri Alam bertemu Dr.Tokha Muhammad atas nasihat daripada rakan yg baru sahaja mengandung setelah 8 tahun menunggu..


Waktu tu bonda dtg mlm... mn lah bonda tahu yg patients Dr.Tokha mmg sikit punya ramai... dan kebetulan pulak pada mase tu Dr baru naik kerja setelah 2 minggu bercuti... bertambah-tambah lah ramai sbb smua patients Dr nak balas dendam xdpt jmpe Dr 2 minggu.. bonda daftar pukul 7.30 mlm, nak tahu bonda dapat jumpa Dr bila? pukul 2 pagi tau... huh!! lama bonda tunggu... kalau bonda tahu lambat cam tu bonda dah balik tampoi dulu.. tp xpe.. bonda dan suami tak kisah sbb kami fikir nak jmpe org hebat mmg lah mcm ni...

Akhirnya dapat lah jgk bonda jumpa Dr.Tokha.... nervousnye.. tp bila tgk muka Dr tenang je rase... mcm ayah2 kita gitu raut mukanya..menyenangkan.. mula lah sedikit sesi perkenalan ngn Dr.Tokha dan seterusnya Dr minta bonda berbaring utk mencari punca permasalahan bonda yg belum dikurniakan cahaya mata ni...

Dr masukkn camera dlm rahim dan tgk lah ape2 gangguan yang mungkin ada. bilik Dr tokha ni best... besar betol...cantik plak tu.. jakun bonda tgk... hihi.. bila Dr scan, bonda yg baring leh tgk dlm rahim bonda melalui tv dpn bonda, suami lak leh tgk gak melalui tv besar yg kat bahagian Ruang tamu bilik tu, Dr plk ade lah Tv sndiri.. em.. best kn? eh, lupe dah nak cita ape.. tetiba cite pasal bilik Dr plak... ok, bila Dr scan..................................... jeng jeng jeng... ade ape tu? emm... bonda dah x sengal lg mcm dulu... bila bonda tgk.. bonda agak dah, Dr tu fibroid kan? ye kate Dr.... tp saya baru buang tahun lepas Dr... ni dah tumbuh lg.... hemm... ape lah nasib bonda... Dr kate Fibroid ni x besar sgt... dlm 3cm... tp ade 4 sekurang-kurangnya... nak tahu? bonda tnye Dr.. Dr knp saya ade Fibroid ni... Dr jwb senang je... umpama mcm tahi lalat.. knp tahi lalat tumbuh? xtahu ape sbb kn? pd sape die tumbuh pun x tentu kan? cam tu gak fibroid ni.. punca tumbuh xde yang tahu.. dan nasib2 je sape yg ade fibroid ni..hemm.. ok skrg baru bonda faham... u alls pun mesti kene faham tau. eemmm.. masalah lain ialah hormon bonda x setabil.... Dr sarankn bonda buat IVF utk mngandung...100 kali kene fikir ni kalau nak buat IVF..hihi.. xpe lah jgn fikir pasal IVF dulu, ape2 pun bonda kene buang fiboid tu dulu kalau nak buat rawatan ape pun... sbb fibroid ni menganggu ruang baby dlm rahim... hemm...oprate?? again??

Mcm biase... bonda x buat keputusan terus time tu gak... Dr pun faham.. perkara cam ni perlukan perbincangan antara suami dan isteri itu sendiri... Dr cuma ckp.. bila sahaja bonda dah bersedia dtg je utk opration...

keputusan dah ade sebenarnye... ye lah, tahun ni dah rase kukuh sikit ekonomi, alhamdulillah bonda dah pun sah jawatan dgn gred DG41... hehe.. cos yg Dr anggarkn kali ni 8K (tetibe lpas oprate jd 12K)... insyaAllah.. boleh kot... cuma tinggal bonda ni malas nak amek cuti sebenarnye... xsuke cuti kerja... so bonda buat keputusan utk lepaskan bulan puasa dan oprate time cuti hari raya... yang namanye cikgu bila bdk cuti 2 minggu cikgu pun cuti 2 minggu... hihi... so cuti bulan 8 bonda akan oprate lah cadangnya... tp xdeal tarikh ngn dr lg... bonda Fikir nanti lah.. dah dkat cuti nanti bonda g lah sepital semula utk tetap tarikh...

eeeyyyyaaahhh... mengeliat dah pulak... ape kate kita sambung cerita next page k.. mengantok pulak rase.... ok.. daa~









PASRAH ITU BERSERAH

Assalamualaikum....

selamat pagi.. selamat petang... selamat malam... selamat lah hendaknye walau ape pun waktu dan ketika anda membaca blog bonda ni....

Em, tgk tajuk je dah pasrah kan? hemm... mcm mn pasrahnye tajuk mcm tu lah pasrahnye bonda ni... seperti post bonda pada page yg sblum ni... Dokter nak bonda mengandung dalam tahun ni jgk kan? tp... tu lah, hari berganti minggu..minggu pindah kebulan...bulan dah mkn tahun... mcm2 bonda mkn mengikut petua org tua.. tp bonda xjuga berhasil mengandung seorg makhluk Alllah,cucu Adam dan umat Nabi Muhammad S.A.W..

Minum kurma bland dgn susu kambing sudah,
minum air rebusan buah zuriat sudah,
mak dan ayah mertua g menunaikan haji belikan serbuk ape ntah utk di minum pun sudah,
ninda g umrah belikan jgk sesuatu untuk mudah hamil pun sudah,
Berurut? lagi lah sudah.. samapai nak melecet badan dah..(hehe xlah gitu sekali yg benarnye..)
ape lg yg bonda nak buat? dah tak terfikir ape dah bonda....

Tiap kali kalau jumpa org suke je nak mintak anak org.. hehe.. mn lah org bagi kan? kate org cuba lah amek anak angkat.... bonda bukan xnak amek... tp bonda rase bonda kene usaha dulu cara lain... bonda dan suami pernah jga berbincang mengenai anak angkat... tp kami ambil keputusan untuk tidak berbuat demikian... bukan ape... bonda takut x dpt bg ape yg sepatutnye pada anak tu. kesian kat bdk tu nanti.. tp tu lah, xtahu lah kalau suatu hari nnt bonda terbuka hati untuk ambil anak angkat pulak...

hem... bonda pasrah dan berserah pada Allah... andai bukan hari ini.. andai juga bukan esok... bonda sangat berharap moga suatu hari nnt bonda dan suami dikurniakan jua zuriat yg sihat, sempurna akalnya,yg kacak mcm ayahnye,yg cute mcm bondanya,yg taat pada penciptanya dan yg jiwanya penuh dgn kasih sayang.... amin amin amin ya rabb.


(alahai.... cute ni... rase nak cium sikit..muuuah utk baby.. anak sp lah ni..)

AL-KISAH FIBROID & COLUMBIA ASIA HOSPITAL..


Assalamualaikum....

Hari  ni bonda nak cerita tentang rawatan bonda yg bermula di Columbia Asia jb... sebenarnye bukan lah ini rawatan yang pertama2 sekali... sebelum2 ni ade je bonda g berurut merata tempat.. hihihi... tp kalau rawatan scra scientiific ni hospital ni lah yg first skali bonda pergi...

(Ni lah dia Columbia Asia Nusajaya)

sebenarnya bonda ni bkn lah jenis yang menjaga kesihatan sgt... jenis yg malas nak pk pasal pnyakit... takut badan jd mengada2 bila mula dilayan... pegi hospital columbia Asia ni pun bkn bonda yang nak pg sendiri.. bonda pg mulanya sbb kene bebel ngn cikgu2 yg merangkap kakak2 kpd bonda yg satu sekolah ngn bonda ni... mase tu bonda bleeding .. time tu bonda makzurah (uzur/period/bocor dll) tp mcm org tumpah darah.... asek kene ganti tuala wanita je setiap stgah jam..hemm...kwn2 mula risau.. untung dpt kwn yg mengambil berat ni.. thanks kak fiza, kak B, kak kira, kak Hanim,Kak Aini, dan ramai lg.. kalau diorang x pujuk bonda suruh g hospital xkan nye bonda nak g sampai hari ni..

Bila ek bonda g hospital ni.. lupe lah.. emm..seingat bonda dalam Januari 2012 bertemankn kak Noraini Jamily.. kebetulan kakak ni pun nak g hospital utuk checkup..balik sekolah tu bonda pun ikut lah... daftar lah jgk bonda kat sepital ni bawah Dr. Rajesh.... org kate Dr ni bagus dan penggemar bg pesakit puan. bonda pun belum tahu waktu ni jauh mn kehebatan Dr ni.. Bonda follow je..hihi

 (ha... tgk ni.. best kan sepital ni.. siap ade ID card lg mcm IC tau keras die.. trus je siap time daftar tu.. jakun bonda sekejap.. ye lah org tak pernah g sepital.. hehe)

hem... dalam pada malas2 tu sebenarnya bonda takut lah jgk nak tahu ape masalah bonda.. tertnye2 jgk nape lah bonda ni ssh nak mengandung..pastu time makzurah bnyak sgt..hemm.. ramai gak org nak jmpe Dr.Rajesh ni, lama jgk bonda tunggu waktu tu.. tunggu punya tnggu sampailah turn bonda...hem.. cemasnya rase..

Bila jmpe dokter utk pertama kali biase lah bonda pun die tnye pelbagai soalan.. antaranya dah berapa lama kahwin? pernah mengandung? pernah keguguran? pernah merancang? ade mkn pill hormon? bonda pun jwb lah satu persatu.. 3 tahun kawen.. xpenah ngndung dan gugur... x penah rancang atau mkn pill bukan2.. pastu dokter suruh baring... alahai.... ni lah yg bonda malas ni... xsuke,xsuke,xsuke...tp bonda baring lah jgk.

Dr scan atas perut.. eee.. sejuk... mcm nak gelak.. tetiba Dr geleng kepala... kalau die islam mesti die dah ckp masyaAllah...tp die xckp gitu.. die geleng2 je.. hilang rase nak gelak...

Bonda : nape dokter??
Dr.Rajesh : u nampak x circle dlm rahim u tu?
Hati bonda : ha? circle? ak mmg dah ngndong ke hape? (jgn gelakkn bonda.. msti korg nk ckp bonda sengal..)
Bonda : circle ape Dr?? ape tu?
Dr.Rajesh : fibroid.
Bonda : fibroid?? ape kebenda tu? (serius.. bonda mmg x tahu... mmg x pernah amek tahu pasal masalah wanita pun..)

Pastu Dr pun terangkan satu persatu ape kebendanya fibroid tu... mula2 mcm x sedih... pastu bila Dr ckp bnda tu kene di buang... sbb die berada betol2 dalam rahim.. rahim u dah senget... sbb tu u sukar dapat baby... dan sbb tu period u bnyak... pastu Dr ckp fibroid u kalau buang ade lah dlm 360 gram... emm.. berat... tetiba sedih plak mengenagkan punca bonda tak ngandung...

Bonda pun balik lah... menangis2 lah bercerita ngn suami...seminggu dua bonda dan suami xbuat keputusan ape2 pun.. samada nak buat kt hspital kerajaan atau kat swasta...al maklumlah.. cos nye Rm5000++ tu yang jd berbelah bahagi.. tp punya lah bagus Dr ni, siap call bonda lg tau.. tnye khabar.. pastu tnye dah oprate belom... Dr ckp u dah oprate belum Azie.. i tetiba teringat kat u.. u oprate lah kat mane2 kalau xnak dgn i pun xpe.. asalkn u buang.. i kesian kat u.. takut nnt lambat2 rahim u rosak... emmm... baik kan Dr ni?? baik sgt.. haha bangga gitu Dr ingat kat kite... hihi...

Awal bulan februari 2012 bonda pun g lah balik sepital columbia ni... bonda dan suami dah buat keputusan nak oprate je kat columbia... bonda g untuk deal tarikh sebenarnya.... dah lama x dtg ingatkn dokter dah lupa bonda.. tp dokter ingat rupenye...

Dr.Rajesh : Azie, ape khabar?
Bonda : baik dokter...
Dr.Rajesh : so mcm mn? dah oprate fibroid u?
Bonda : belum Dr...
Dr.Rajesh : bila nak oprate?
Bonda : ni dtg nak deal tarikh ngn Dr lah ni... nak oprate ngn Dr lah.
Dr.Rajesh : oh ye ke? (kalau die islam mesti die ckp alhamdulillah kan?) hehe
Dr.Rajesh : So u dah sedia? kalau dah sedia i siapkan bilik sekarang jgk kita buat opration.
Bonda : HA??? hari ni??? saye x sedia ape pun Dr...
Dr.Rajesh : u nk sedia ape.. rumah u dkt je kan... zaki, u xkerja hr ni kan? so u boleh balik siapkan pakaian azie..
Bonda : blur.... x tahu nak kata ape... suami dah setuju.. bonda pun kuatkan lah diri...

hahahaha... mcm bidan terjun.. oprate lah bonda hari tu...tp best lah hospital ni... di layan mcm seorang puteri... lembut je staff nursenye... Dr dtg lpas opration.. tunjukkn fibroid yang dah dikeluarkan dr rahim bonda... besar tau.. lupa bonda nak snap pic time tu, besarnye lebih kurang kepala baby.. pastu ade lg 4 biji kecik2 mcm buah pala.. so dokter nasihatkan bonda  lepas sihat bonda kene usaha keras terus buat baby..(mcm lah uli tepung, nak buat2) dr ckp.. Azie.. u must complete your family on this year.. kalau x i bimbang fibroid ni akn tumbuh lg.

emm... Persoalannye... ngndung ke bonda tahun tu? hemm.... jwpnnye? tidak... kalau ngndung xde lah bonda buat blog ni... k lah, kaki pun dah naik kebas... jari pun dah rase panas.. badan pun dah rase malas.. so.. jmpe lg di next page k.. daaa~











Tuesday, August 27, 2013

SALAM UKHUWAH...

ASSALAMUALAIKUM....

Salam perkenalan buat semua pembaca..hehe segan plak rase..  Bonda ni blogger baru k, tu yg rase segan2 gitu.. lame dah rase nak buat blog.. tp hajat belum kesampaian.. sblum ni berniat nak tubuhkn blog berkisar ttg dunia kraf , memandangkn bonda mmg suke gila buat kraf.. tp.. bila timbal2 balik bonda rase nak buat blog cita pasal bnda lain lah.. hihi.. ok,  Bonda cipta blog ni sebenarnye adalah untuk berkongsi kat pembaca2 yang memiliki masalah sama macam bonda.. (masalah sukar untuk dapatkan zuriat).. jadi dengan adenye blog ni boleh lah sikit sebanyak menghilangkan rase boring bonda bila dok umah di samping dpt share ape sahaja mungkin tips, petua, rawatan, surah amalan atau ape sahaja untuk mendapatkan zuriat.. jom kita berkenalan dulu..

Nama : Azianiza Bte Samsudin
Nama panggilan dlm Blog : Bonda (sebenarnye dah teringin sgt ade anak sbb tu nak org panggil bonda)
Umur : 25 tahun 8 bulan (pada ogos 2013)
Tarikh Lahir : 8.12.1987
Tempat Lahir : HSA Johor Baharu
Status : Berkahwin (mesti lah dah kawen xkn cerita nak baby tp x kawen pulak ye.. hikhik)
Tarikh nikah : 4.12.2009 ( 4 tahun dah bonda bergelar isteri)
Tempat tinggal : Tampoi jb
Pngajian terakhir : USIM-universiti Sains Islam Malaysia (ijazah je...master belum,, PhD apetah lagi..)
pekerjaan : Guru

ok Bonda rase tu je kot yg nak kongsi ttg sikit2 latar belakang bonda... hemmm... x sabar rase nk berceloteh panjang lebar.. mcm2 nak cerita.. mungkin daripada blum dpat baby smpai lah bonda ade baby.. harap2 begitu... smua kerja tuhan.. bonda hanya mampu berusaha dan berusaha tanpa putus asa.. insyaAllah.. amin...